DSC_9271

UPSI, 12 Oktober–Seramai 62 pembentang dari pelbagai Institusi pengajian Tinggi Awam tempatan dan luar Negara berhimpun di Dewan Konvensyen, E-Learning sempena Persidangan Nasional Sejarah Melayu Kepulauan Melayu/Melayu Archipelago 2016.

Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, program kecemerlangan akademik seumpama itu dapat menjana perkembangan intelektual dalam kalangan masyarakat Melayu serantau khususnya dalam kalangan pencinta ilmu seperti para ilmuan, para penyelidik dan juga mahasiswa universiti.

“Ia merupakan salah satu platform yang mesti dilakukan dalam proses pembudayaan ilmu kerana dapat memberikan semangat kepada para pembentang untuk meneruskan budaya penyelidikan dalam bidang masing-masing.

“Memandangkan persidangan ini, ingin mengangkat sejarah kecemerlangan bangsa Melayu dan kecemerlangan ketamadunan, agar setaraf dengan tamadun dunia. Maka saya melihat penganjuran persidangan ini, secara tidak langsung dapat memacu kegemilangan penyelidikan dalam kalangan para akademik,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Nasional Sejarah Melayu Kepulauan Melayu 2016.

DSC_9305

Rasional Persidangan bertema ” Menatar Sejarah Memaju Masa Depan”yang diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2016 itu diadakan ialah bertujuan menggalakkan pertukaran hasil penyelidikan berhubung dengan isu-isu semasa, masa lalu dan akan datang berkaitan dengan rumpun Melayu.

Selain itu ia juga bertujuan untuk memenuhi dan menemukan penanda aras pencapaian intelektual, falsafah dan kebudayaan masyarakat Melayu serantau, memperkasakan keilmuan ke arah pencapaian penanda aras masyarakat maju, menilai kembali tahap pencapaian sosial, ekonomi dan politik masyarakat Melayu serantau agar berada pada landasan yang betul dalam memacu dan menyelusuri alaf baru, memperkasakan pencapaian intelektual masyarakat Melayu serantau abad ke-21.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)