Disediakan oleh: Siti Farhanah Adzmira Binti Che Pa (Pelajar Praktikal Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Isu pemanasan global menjadi topik hangat diperkatakan di Malaysia. Pemanasan global terhasil akibat proses semulajadi dalaman bumi terhadap atmosfera dan juga tanah. Perubahan iklim berlaku kerana terdapat aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera melalui pembakaran secara terbuka, penebangan hutan dan kawasan tadahan dihapuskan serta banyak lagi asbab berlakunya perubahan iklim.

Apabila pemanasan global berlaku, suhu di bumi terasa lebih panas. Oleh itu, keadaan cuaca di bumi juga menjadi ekstrem dan tidak menentu. Pemanasan global menyebabkan gas rumah hijau (GHG). Gas rumah hijau berlaku kerana pembakaran minyak, arang batu dan gas asli. Semua perkara ini menyebabkan pemanasan yang dipantulkan tidak dihantar ke angkasa, tetapi kembali ke bumi. Gas yang diterima adalah karbon dioksida (CO2).

Pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemanasan global semakin meningkat antaranya ialah menanam pokok dengan lebih banyak bertujuan mengurangkan kesan cuaca panas dan kering. Penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara sekaligus dapat mengurangkan kesan gas rumah hijau. Selain itu, dengan mengamalkan kitar semula barang yang masih boleh digunakan dapat mengurangkan kemusnahan alam dan pencemaran alam. Amalan kitar semula mampu melestarikan alam sekitar. Sebagai contoh penggunaan kereta sistem elektrik mampu mengurangkan penggunaan pembakaran minyak.

Kesimpulannya pemanasan global menyebabkan peningkatan suhu yang memberi kesan pada seluruh masyarakat sejagat mendapat kurang bekalan air, menghadapi masalah kesihatan dan kelestarian alam turut terjejas.

Sumber: https://www.astroawani.com/video-malaysia/pemanasan-global-prihatin-terhadap-isu-pemanasan-global-1921325

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)