oleh: Mohd Raizol Ramli (Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UPSI)

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Krishanraj Singh Gill A/L Jagraj Singh yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini menerima sumbangan daripada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor, di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Penyerahan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM 2500.00 dibuat oleh Timbalan Yang Di-Petua Dewan Dewan Rakyat, YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon yang meluangkan masa menziarahi pelajar dan waris di hospital. Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Tuan Mohamed Khairulazim Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin dan Timbalan Pengarah Hospital, Dr. Liaw Kok Toon, pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI.

Selain daripada pelajar UPSI, Krishanraj juga merupakan seorang pemain hoki yang mewakili negeri dan negara. Beliau merupakan seorang pemain yang mempunyai bakat dan potensi tinggi. Perkembangan beliau dipantau oleh bekas Ketua Pasukan Hoki Negara, En. Sarjit Singh.

YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon berkata, “Krishanraj akan melalui pembedahan dalam masa terdekat. Semoga sumbangan saya dapat membantu kos yang diperlukan. Saya juga berdoa agar beliau segera sembuh dan boleh berbakti kepada universiti, negeri dan negara. Saya juga berterima kasih kepada pengurusan hospital dan universiti kerana prihatin dengan situasi Krishanraj. ”

Terdahulu, UPSI melalui Unit Kebajikan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI telah menyampaikan sumbangan kepada waris Krishanraj. Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin memaklumkan “pihak pengurusan universiti sedang melengkapkan laporan dan permohonan insuran untuk beliau. Semoga Krishanraj segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa seterusnya dapat bermain hoki untuk negara ”

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)