oleh: Nor Hayati Binti Aziz (UKLK)
TANJUNG MALIM, PERAK – 26 Jun 2022, Universiti Pendidikan Sultan Idris menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah mengajurkan Program Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta bersama masyarakat Orang Asli Kg Orang Asli Sungai Gapes, Sungai Siput Selatan Kampar. Program ini dianjurkan dengan kerjasama melibatkan beberapa badan agensi kerajaan seperti, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Agama Islam Kampar dan Pusat Kesihatan UPSI (PKU).

Program ini telah mendapat sambutan yang begitu meriah oleh penduduk kampung setempat dari pelbagai lapisan usia. Banyaki aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Kediaman Luar Kampus dalam menyantuni masyarakat orang asli di Kg Sungai Gapes, antaranya modul kesihatan, sukan rakyat , kursus penyembelihan, penyelenggaraan motosikal dan kelas masakan.

Objektif program ini ialah untuk melatih mahasiswa Kediaman Luar Kampus dalam kemahiran sosial serta kebertanggungjawaban terhadap masyarakat orang asli. Selain itu, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai, sikap, etika dan profesionalisme, serta kemahiran kepimpinan. Dalam menyantuni masyarakat orang asli, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus dapat mendedahkan kepada masyarakat orang asli tentang kepentingan Pendidikan, kesihatan , kebersihan dan teknologi semasa.
Program ini juga dapat menjalinkan ukhwah bersama penduduk kawasan setempat, menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelawan untuk memberi khidmat sosial dan motivasi kepada masyarakat sebagai satu langkah ke arah memupuk kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa dan meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk kepimpinan diri dalam dunia kemasyarakatan.

Saudari Noor Aniza Sidek selaku pengarah program menyatakan harapan agar progam ini dapat menyuburkan lagi semangat kerjasama antara mahasiswa dan penduduk kampung bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing pada masa akan datang. Puan Nor Hayati Aziz, penasihat program dalam ucapan penutupnya berkata, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menggalakkan mahasiswa menyertai program yang berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) yang dapat memupuk nilai murni yang positif dalam diri mahasiswa.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)