oleh: Prof Madya Dr Ghazali Din

Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  sebuah universiti berteraskan pendidikan di Malaysia yang merealisasikan misi dan visi negara dalam melahirkan modal insan cemerlang secara holistik dalam aspek akademik dan nilai keinsanan.

        Bertujuan merealisasikan hasrat itu, UPSI mengambil langkah proaktif dalam memantapkan lagi ekosistem pendidikan dengan meluaskan serta mengukuhkan jaringan strategik bersama pihak industri.

        Sehubungan itu, UPSI menerusi Fakulti Sains dan Matematik (FSM) melangkah ke depan dengan membina jaringan  kerjasama bersama industri luar iaitu WillmingtonMU, bagi mengukuhkan lagi program pasca pendidikan Mod C (Kerja kursus) ke seluruh Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md taff manakala Prof. Dr. Nagarajah A/L Lee Hun Leong                   Pengarah Urusan mewakili WilmingtonMU Sdn Bhd dan Technerve Technology Solutions Sdn. Bhd (Aeronerve) pula diwakili oleh  Ketua Pegawai Eksekutif,  Muslim Abdullah Zaik  .

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata , FSM juga sedang membangunkan tiga program pasca siswazah yang relevan dengan keperluan semasa iaitu Sarjana STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik), Sarjana Pendidikan (Sains Data) dan Sarjana STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik) berkonsepkan modular dan “microcredential” yang boleh ditawarkan melalui kerjasama ini.

FSM UPSI juga, katanya,  menyambut cabaran negara untuk memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), apabila UPSI akan menyediakan platform dan peluang  bagi guru-guru yang sibuk bekerja tetapi berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah.

Di samping itu, katanya, FSM turut bekerjasama dengan Aeronerve bagi membangunkan modul latihan teknologi Dron secara bersama, pembangunan UPSI sebagai ruang “sandbox”, menjalankan program “Professional certificate on drone operation”.

        “Melalui kerjasama dengan kedua-dua industri ini, FSM menggariskan beberapa matlamat utama iaitu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui nilai tambah Professional certificate, penjanaan kewangan melalui ruang “sandbox”, semakan semula program akademik dan pengenalan kepada kursus baharu yang memenuhi permintaan industri,” katanya.

        Beliau berkata , kerjasama  UPSI bersama WilmingtonMU Sdn Bhd dan   Aeronerve adalah  selaras dengan harapan UPSI dan FSM yang berhasrat untuk meningkatkan lagi potensi usahasama dengan industri luar yang berpengalaman dan mempunyai kedudukan yang mapan dengan harapan dapat mewujudkan perkongsian professional dari segi ilmu dan kepakaran. 

        Menurut beliau jalinan kerjasama sebegini adalah sangat dialu-alukan kerana universiti bukan lagi hanya berfungsi sebagai tempat mencari ilmu tetapi juga perlu menjadi mesra industri bagi memenuhi keadaan semasa.

        Md amin berkata dengan adanya peluang kerjasama ini, FSM dapat mengorak langkah ke depan untuk sama-sama mengambil peluang meneroka perkara-perkara baharu yang lebih mencabar menimba pengalaman berharga.

        Dekan FSM, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata melalui usahasama pelaksanaan program antara UPSI, WilmingtonMU dan Aeronerve, akan dapat mewujudkan perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan kepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi sekaligus memberi faedah kepada pelajar melalui pemindahan kepakaran dan kemahiran yang ada.

“Jaringan luas dan juga kepakaran pengurusan yang dimiliki oleh WilmingtonMU dan Aeronerve dalam mengadakan program-program seumpama ini dan bersama dengan kepakaran yang sedia ada di FSM., “ katanya.

        Beliau berharap kerjasama pihak FSM, WilmingtonMU dan Aeronerve yang julung kali berlaku ini akan menjadi satu langkah permulaan yang berterusan pada masa akan datang.

        “Dengan semangat kerjasama dan profesionalisme yang tinggi antara kedua-dua pihak, ianya dapat memastikan aspirasi negara tercapai dalam membangunkan masyarakat berilmu yang akan dapat memacu negara mencapai matlamatnya menjadi negara maju, ‘ katanya.

Turut diterbitkan di : Suara Merdeka

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)