Foto: Warga BKK
30 September – 3 Oktober 2022
Seramai 29 orang staf Bahagian Komunikasi Korporat, 2 orang staf Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan dan 2 orang staf Pusat Islam telah menyertai Kursus Team Building di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka. Semua peserta bertolak dari UPSI ke Bandar Hilir, Melaka dan tiba sekitar jam 1 tengah hari. Aktiviti pertama di Bandar Hilir ialah Treasure Hunt barangan dan produk-produk ikon Negeri Melaka.


Aktiviti pada sebelah malamnya diadakan program Tautan Mesra dan Bicara oleh YBhg. Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beliau memberi penekanan berkenaan lima (5) Konsep Bina Pasukan iaitu, Ukhuwah, Kepimpinan, Keseronokan dalam bekerja, Luar Biasa serta Amanah dan Ibadah.
Semangat semua peserta dibakar dengan pesanan-pesanan bermotivasi daripada TNC HEPA. Beliau juga menasihati agar saling bekerjasama di antara kakitangan dalam membentuk pasukan yang mantap dan hebat.
Pada masa yang sama, program ini juga turut bertemakan pakaian “Back to School” yang mana semua peserta diwajibkan memakai pakaian sekolah atau seragam unit beruniform di samping pelbagai aktiviti yang diseltikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah, Kumpulan 1- Sketsa Zaman Persekolahan, Kumpulan 2- Coral Speaking, Kumpulan 3- Nyanyian Lagu Terima Kasih Cikgu dan Kumpulan 4- Nyanyian Alphabet Song dan sesi pertukaran hadiah.
Program ini turut diselitkan dengan acara permainan berpasukan seperti Tic Tac Toe Bottle Flip dan Face Reaction.
Pada penghujung program tersebut, para peserta, Pengarah BKK dan TNC HEPA bersalam-salaman untuk mengeratkan lagi ukhuwah di antara pihak pengurusan dan kakitangan.






Pada hari kedua, semua peserta berkumpul di Dewan Terbuka, Usima Forest Resort seawal jam 8.30 pagi untuk mengikuti program Team Building 5K (Kekeluargaan, Kasih Sayang, Keseronokan, Kesegeraan dan Kreativiti) dan Refleksi oleh Fasilitator yang dilantik oleh Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia, BSM. Pelbagai aktiviti berbentuk permainan pengurusan dijalankan bagi memastikan inspirasi universiti diterapkan dalam diri setiap peserta. Di antara permainan ialah Chu-chu wa, aram samsam, Langkah Bersama, Giang Toast dan sesi Ice Breaking iaitu Cerita Tupai, Saya Kata dan Walk and Stop.
Pada penghujung aktiviti, pengumuman pemenang keseluruhan telah diumumkan dan sesi bergambar bersama fasilitator diadakan. Aktiviti seterusnya merupakan Treasure Hunt Tourism Melaka di sekitar Dataran Pahlawan dan kawasan berdekatan yang mana peserta perlu memenuhi tugasan seperti berikut:
Tugasan 1: Pencarian makanan Melaka seperti cendol, asam pedas, cencaluk dan lain-lain.
Tugasan 2: Merakam gambar lapan (8) papan tanda bandar Melaka.
Tugasan 3: Membeli barangan cenderamata Melaka.Tugasan 4: Mengambil gambar bangunan bersejarah Melaka seperti Bangunan A Famosa, Menara Taming Sari, Muzium Samudera (Flor de La Mar) dan lain-lain. Pada sebelah malamnya, Sesi Refleksi Diri serta Pencapaian & Prestasi PTj bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat diadakan. Sesi yang menjadi ruang untuk saling bertukar pendapat dan cadangan penambahbaikan dalam pemantapan pengurusan kepada organisasi.

Aktiviti berpasukan diteruskan pada hari ketiga ke IKEA, Damansara. Peserta bertolak pada jam 9.00 pagi dan tiba kira-kira jam 11.45 pagi. Semua peserta berkumpul dan memulakan program Jom Sihat 10,000 Langkah dan Treasure Hunt Ikon Biru. Sesi taklimat berkenaan aktiviti dibuat bagi memastikan semua peserta memahami perjalanan program. Program ini dilakukan sebagai menyahut cabaran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pelancaran Kempen Berjalan 10,000 Langkah yang mana dengan berjalan setiap hari boleh menjadi penyelesaian utama untuk gaya hidup sihat.

Hari terakhir aktiviti berpasukan diteruskan dengan sesi pembentangan hasrat/ rumusan hasil aktiviti sepanjang empat hari berkursus oleh ketua-ketua kumpulan kepada semua peserta. Ketua kumpulan telah menyampaikan pembentangan dengan cukup baik dengan rumusan mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi ke arah mencapai kecemerlangan yang berterusan. Ikrar kakitangan dibuat sekaligus menjadi Majlis Penutup Team Building Bahagian Komunikasi Korporat tahun 2022.

Nota Pengarang: Ke mana retreat kita tahun depan?