oleh: KAUSILIYA A/P RAAJAN (PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’.Kita perlu mengambil iktibar daripada bencana banjir melanda negara pada Disember tahun lalu.Kerajaan dan pelbagai pihak perlu bersedia menghadapi kemungkinan berulang ‘bala’ itu.

“Ketua Pengarah Met Malaysia,Muhammad Helmi Abdullah, berkata bahawa kemungkinan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan.Ini adalah kerana, monsun timur laut yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi.

Persediaan menghadapi banjir dari segi individu adalah mereka perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan kenaikan paras air apabila hujan lebat berpanjangan dan perlu mendapatkan info tentang cuaca dan keadaan banjir di kawasan masing-masing daripada televisyen,radio atau dengan cara paling mudah melalui telefon bimbit.

Seterusnya,individu juga perlu memastikan dokumen-dokumen penting disimpan dalam keadaan selamat dan mereka juga perlu memastikan tahu lebih awal lokasi PPS,dan bagaimana hendak ke sana.

Setiap individu juga perlu memastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.Contohnya,mendapatkan nombor telefon penting seperti bomba,hospital terdekat untuk dihubungi pada waktu kecemasan.Tambahan pula,individu juga perlu memastikan kenderaan diletakkan di kawasan yang tinggi  dan pastikan kenderaan berkunci.

Persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah perlu mengenalpasti lokasi-lokasi pps banjir seperti sekolah dan dewan.Kerajaan juga perlu memastikan NADMA menjalankan fungsinya membantu mangsa banjir dengan lebih efisien.

Mereka perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecemasan dan peralatan secukupnya mesti ada  di pihak NADMA untuk bertindak cepat menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan harta benda mereka.

NADMA juga perlu memastikan kelancaran pengurusan penempatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan  pengagihan kit makanan serta khemah kepada mangsa banjir jika berlaku sebarang kecemasan.

Justeru,kerajaan juga perlu menyediakan barang keperluan seperti makanan,pakaian,selimut dan lain-lain kepada mangsa banjir.Tambahan pula,kerajaan juga perlu menyediakan bantuan medical dan ubat untuk mangsa banjir.Ini adalah kerana,kebanyakan mangsa banjir mungkin mengalami kecedaraan,demam atau masalah kesihatan yang lain.Oleh kerana itu, bantuan perubatan amat diperlukan untuk membantu mangsa banjir.

Dari segi komuniti pula,masyarakat boleh mengutip dana di kawasan masing-masing untuk membantu mangsa banjir.Selain itu,Masyarakat juga perlu bekerjasama menyediakan dewan yanng dilengkapi dengan segala kemudahan seperti tandas,kerusi,meja,khemah untuk digunakan pada waktu kecemasan.

“Kecil tapak tangan,nyiru ditadahkan”.Peribahasa Melayu ini bermaksud orang yang mengharapkan bantuan pasti akan berasa gembira jika ada insan yang ikhlas membantunya.Ungkapan tersebut sejajar dengan aktiviti kesukarelawan yang dilakukan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Semua pihak perlu bekerjasama dan bertindak secara bijak serta efisien agar banjir yang melanda negara tidak lagi mengundang kerugian harta benda dan nyawa,bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)