Oleh: Musa Jaafar (Pusat Ulul Albab)
TANJONG MALIM – 1 November 2022 ,International Webinar On Syariah Law (IWSL) telah berlangsung secara dalam talian menerusi kerjasama di antara Pusat Ulul Albab (PUA) UPSI, bersama Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) serta Universiti Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

Tema webinar, The Impact on Syariah Law : Community Well-being in Global Transition ini mengumpulkan seramai 100 orang peserta sama ada secara langsung dalam talian di Google Meet ataupun mengikuti Facebook Pusat Ulul Albab.

Menurut penyelaras 1 Pusat Ulul Albab Dr. Sakinah Salleh, antara tujuan utama penganjuran webinar ini adalah bagi menyemarak dan menyuburkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan Undang-undang Syariah yang menjadi teras penting dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam dalam negara yang mesti dipertahankan oleh bangsa Melayu dan Islam agar perlu diperkukuhkan serta dimantapkan sebagai rujukan generasi pada masa akan datang.

UPSI menampilkan pembentang yang hebat pakar dalam bidang Syariah dan Undang-undang iaitu Dr. Nizamuddin Alias dan Prof. Madya Dr Zanariah Noor ,pensyarah kanan Fakulti Sains & Kemanusiaan, UPSI manakala wakil pembentang dari Brunei ialah Dr. Sulaiman Dorloh dan Dr. Seeni Mohamed Nafees, pensyarah kanan dalam bidang undang-undang.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)