Oleh: Nor Hayati Aziz (Pusat Ulul Albab)

Seramai 21 peserta daripada Kelab Sahabat Ulul Albab Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terpilih menyertai Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat Ketiga (P3) pada 2 hingga 6 Oktober 2022 melibatkan masyarakat beragama Islam yang terletak di daerah selatan Thailand .

Program selama 5 hari itu diadakan di Universiti Fatoni dan beberapa buah sekolah Menengah Agama Islam sekitar Wilayah Songkhla iaitu Sekolah Alawiyah Witya, Sekolah Islam Bachok dan Maahad Nahdatul Ulum di Yala dan Pattani

Peserta Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat 3
Slot di Maahad Nahdatul Ulum

Antara pengisian program merupakan perkongsian pengalaman antara para pelajar UPSI dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah terlibat selain penganjuran program seperti Program Ma’al Quran, Thinking Skill in Teaching and Learning, Anda Berhak Hebat (A.B.A.H), Smart Choice serta Genius Leader.

Menurut Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Prof. Dr. Abdul Halim Ali berkata pemilihan pelajar untuk program peringkat ketiga ini disaring daripada program peringkat sebelumnya tidak lama dahulu.

“Ianya bertujuan untuk membentuk kemahiran insaniah kepimpinan dan sahsiah di kalangan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab,

Slot di Sekolah Alawiyah Witya

“Melalui program seperti ini, pelajar berpeluang menggilap bakat kepimpinan dalam suasana dan budaya berbeza sambil menyelami sendiri kehidupan masyarakat Muslim di negara jiran yang merupakan masyarakat minoriti di Thailand,” jelasnya.

Peserta juga berkesempatan menjalankan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama penduduk kampung.

Menurut Penasihat Kelab Sahabat Ulul Albab, Pn. Nor Hayati Aziz berkata, pelajar yang terlibat dengan Program P3 turut didedahkan dengan perkara-perkara baharu supaya lebih kreatif dan inovatif selaras dengan hasrat Ulul Albab iaitu melahirkan Khalifah Profesional yang berteraskan kepada Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik,” jelasnya lanjut.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)