oleh: Suhana Fansuri Zaman Huri (Bahagian Sumber Manusia)

UPSI telah melakar sejarah apabila dua kakitangan UPSI menerima Diploma Profesional CBTM iaitu Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia (BSM), Anis Azlira Ali serta Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA) Profesor Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim berjaya dianugerah Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) yang telah di Majlis Konvokesyen UMP Ke-17 yang telah berlangsung dari 5 November 2022 hingga 8 November 2022 menyaksikan majlis graduasi kepada seramai 37 orang graduan program kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang disampaikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Kejayaan mereka mengharungi program Diploma ini hasil kerjasama UMP dan AKEPT di bawah agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pusat Pengajian Sepanjang Hayat, UMP Advanced adalah bertujuan melahirkan graduan dalam bidang Diploma CBTM yang mampu untuk melahirkan para pegawai pentadbiran yang berdaya maju, holistik dan kompeten dalam pengurusan bakat di universiti selaras dengan hasrat AKEPT.

Seiring dengan keperluan semasa, pengurusan bakat dalam organisasi khususnya di universiti awam perlu diberi tumpuan khas bagi memastikan pemimpin dikalangan kakitangan universiti awam yang akan meneruskan legasi pada masa hadapan mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan selaras dengan hasrat dan keperluan universiti.

“Tempoh sepuluh bulan terasa amat sangat singkat tetapi penuh dengan cabaran untuk saya tamatkan dengan jayanya,” jelas Anis Azlira yang juga turut menerima Anugerah Dekan. Menurut Dr. Maizatul Hayati pula, turut memanjatkan rasa syukur pada ilahi serta berasa amat gembira setelah berjaya menggenggam segulung diploma professional tersebut serta berazam memulangkan semula sumbang bakti pembangunan bakat UPSI nanti.

Kejayaan yang dikecapi dua warga UPSI ini melihat keperluan melahirkan pakar CBTM adalah sangat penting bagi membantu UPSI mencapai pelaksanaan sepenuhnya CBTM dari segi strukturnya hinggalah ke pembangunan Sistem CBTM yang lebih sistematik sesuai dengan hasrat pengurusan UPSI dalam Memperkukuh Keinsanan seperti sering dicanang Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.

UPSI menaruh harapan tinggi dengan penganugerahan Diploma Profesional CBTM kepada kakitangan ini untuk dijadikan anjakan paradigma kepada pengurusan bakat di UA dan pencetus semangat kepada kakitangan UPSI yang lain dalam menimba ilmu dan kepakaran serta mempertingkatkan kompetensi bakat kepimpinan di dalam melaksanakan tugas harian dengan lebih efisien.  

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Penerbitan & Grafik Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI. Bekas wartawan majalah Utusan Karya SB dan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Jom menulis untuk e-Pena!

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)