Oleh: Fazilahwati Jalalkamis (Timbalan Pengarah Jejak Tok Gajah)
Tanjong Malim – Seramai 100 mahasiswa/i UPSI telah menyertai Program Siri Jejak Sejarah 2.0 Jejak Tok Gajah yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Program ini dijalankan untuk menjejaki laluan yang pernah digunakan oleh pahlawan melayu ‘Tok Gajah’ semasa penjajahan British di Tanah Melayu diantara negeri Perak dan Pahang sekaligus menjadi aktiviti kesukarelawanan ke perkampungan orang asli di Pos Tenau, Ulu Slim, Perak.
Sementara itu, ketika Majlis Penutupan Program Jejak Tok Gajah yang disempurnakan oleh Timbalan pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Profesor Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong berkata beliau begitu kagum dengan usaha pihak penganjur untuk mendedahkan kepada mahasiswa/I sejarah kepahlawanan Tanah Melayu berikutan sudah 2 siri jejak sejarah dijalankan iaitu Jejak Mat Kilau dan Jejak Tok Gajah. Tambahan lagi, beliau juga turut memberikan sokongan kepada pihak penganjur untuk menjalankan siri jejak sejarah yang seterusnya dalam peringkat antarabangsa pula.

Hari kedua dimana peserta ‘hiking’ memulakan pendakian dari Pos Tenau ke Pos Sinderut kemudian berpatah balik merentas Banjaran Titiwangsa.
Terdahulu, siri Jejak Sejarah yang pertama iaitu “Jejak Mat Kilau” dijalankan bermula dari Pos bersih, Ulu Slim, Perak ke Pos Buntu, Raub, Pahang yang melintasi banjaran titiwangsa sekaligus juga menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan menyantuni masyarakat orang asal Pahang selama 3 hari 2 malam.
Namun, Jejak Tok Gajah kali ini pula menjalankan aktiviti kesukarelawanan di Pos Tenau, Ulu Slim, Perak sahaja selama 4 hari 3 malam dan aktiviti menjejaki dijalankan bermula dari Pos Tenau ke Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang dan kemudian berpatah balik.

Hari Ketiga dimana aktiviti sukaneka dijalankan bersama orang asli di Pos Tenau.
Seluruh jawatankuasa penganjur amat berpuas hati dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan terutamanya dari pihak Jabatan Sejarah dan Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Mereka juga berharap dapat menjalankan lagi program sebegini pada masa akan datang demi menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan mahasiwa/i yang intelektual dan berdaya tahan terhadap cabaran.

Hari Terakhir dimana selepas sahaja Majlis Penutupan Program dijalankan.