Oleh: Ali Zainal Abidin

Sungkai- Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling, Kedah telah menganjurkan kursus kemahiran menyelamat di arus deras yang diadakan di Sungai Klah, Sungkai.

Kursus ini disertai 12 orang pegawai Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) bertujuan memberi pendedahan berkaitan keselamatan dan terminologi menyelamat di arus deras.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Profesor Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim berkata, penganjuran kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) di samping ilmu tambahan memandangkan mereka antara pasukan barisan hadapan apabila sesuatu insiden berlaku di sungai mahupun banjir.

“Menyelamat di arus deras merangkumi aspek mengenal pasti ciri-ciri dan bahaya air, kefahaman tentang hidrologi air mengalir, pakaian,kelengkapan dan alatan menyelamat serta kemahiran khusus di arus deras.” ujar beliau ketika mengendalikan kursus di Sungai Klah, Sungkai

Menurut timbalan Komandan PULAPAU Baling, Mohd Zalimi bin Abdul Aziz, beliau berterima kasih kepada pihak AURORA kerana berjaya mengendalikan kursus ini dan ucapan tahniah kepada pegawai dari PULAPAU yang berjaya menghabiskan kursus ini.

Zalimi Abdul Azizi(dua dari kiri) timbalan Komandan PULAPAU hadir semasa majlis penutup kursus

“Kursus ini secara tidak langsung dapat memantapkan ilmu serta memperkasakan teknik sedia ada apabila operasi penyelamat di lakukan di arus deras,” ujar beliau , sewaktu menghadiri kursus 3 hari 2 malam di Sungkai Klah, Sungkai.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)