Melbourne: Seramai 22 orang pegawai Majlis Kesukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) telah berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Pengurusan Bencana di Universiti of Melbourne, Australia yang telah dilaksanakan pada 5 Jun 2023 hingga 9 September 2023. Mereka ini terdiri daripada pegawa-pegawai yang menguruskan sukarelawan di universiti masing-masing di seluruh Malaysia. Mereka juga adalah kumpulan antarabangsa pertama yang mengikuti modul pengurusan bencana di bawah kelolaan University of Melbourne. Program ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat, USM merangkap pengarah program ini berkata peserta kursus ini telah dilengkapkan dengan prinsip pengurusan bencana dimana mereka perlu memahami konsep 2P2R (Preparednes, Prevention, Response & Recovery). Mereka juga perlu menyelesaikan kuiz, tugasan dan tugasan akhir sebelum dianugerahkan sijil berkenaan.

Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor HEPA, UPSI merangkap pengerusi MASKUM berkata beliau sangat berbangga dengan pencapaian peserta-peserta kursus yang telah melengkapkan diri mereka dengan Sijil Pengurusan Bencana. Ini membuktikan bahawa MASKUM sangat serius dalam mempelopori bidang pengurusan bencana di Malaysia.

Kursus ini telah disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada peserta oleh Prof. George Braitberg, Deputy Head, Department of Critical Care, Melbourne Medical School, University Of Melbourne, Australia.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)